Banner 468 X 60

Saturday, December 25, 2010

PERALATAN ASAS MEMANCING BERUMPAN

Keli, puyu, toman, haruan, patin, belida, jelawat, kelah dan puluhan spesies air tawar lain lazimnya memakan umpan.

Anda boleh mula memancing dengan membeli set yang murah seperti joran 5 hingga 9 kaki, kekili, tali, pelampung, umpan (seperti roti, dedak, ulat atau cengkerik), ladung, swivel, manik dan mata kail (rujuk grafik).

Ada tiga jenis joran asas untuk memancing. Pertama, joran untuk memancing menggunakan pelampung. Ia dicipta untuk aksi melontar umpan ringan. Panjang joran ini antara 12 atau 13 kaki (3.6 hingga 4 meter). Ia sesuai untuk melontar umpan antara 170 hingga 200 gram.

Joran kedua bagi memancing menggunakan umpan di dasar. Saiznya antara 3.2 hingga 3.6 meter. Ia sesuai dengan tali 1.4 hingga 3.6 kilogram (3 hingga 8 paun).



Bagi memudahkan anda mendapat panduan maka gambar yang tertera adalah merujuk kepada: 

A. Kacamata polaroid bagi membolehkan anda melihat lebih jelas dalam pancaran kilau matahari.
 
B. Angkup (forceps) untuk memudahkan anda menanggalkan mata kail atau membetulkan mata kail.

C. Mata kail sememangnya menjadi syarat untuk membolehkan anda memancing. Pastikan mata kail sesuai dengan ikan yang diburu.

D. Hujung joran yang halus dan mudah bergetar sebagai penanda ikan memakan umpan.

E. Pelampung untuk kegunaan memancing di sungai.

F. Pelampung ‘avon’ untuk kegunaan dalam air deras dan umpan yang besar.

G. Pelampung ‘duri landak’ yang sememangnya sangat sesuai untuk memancing di tasik.

H. Pelampung goyang yang lut sinar ini sangat sesuai untuk kegunaan dalam air tenang atau berarus perlahan.

I. Jangka suhu bagi menyukat suhu air kerana kepanasan air turut menentukan bentuk atau jumlah tangkapan bakal diperoleh.

J. Batu ladung yang pelbagai mengikut keperluan

K. Swivel bagi mengelakkan tali berpintal.

L. Mesin gulung paling lazim di pasaran.


0 comments:

Post a Comment

JOM SHARE