Banner 468 X 60

Saturday, December 25, 2010

MENGENAL DAN MEMILIH PERALATAN MEMANCING (MESIN JORAN)

Bagaimana dan apakah jenis mesin serta joran yang sesuai untuk anda beli atau miliki. Bila anda pergi kekedai menjual peralatan memancing, anda pasti akan kebingungan yang mana satu nak dipilih. Kali ini anda akan dapat mengenal jenis-jenis mesin dan joran memancing. Diluar sana terdapat berpuluh dan beratus-ratus jenis peralatan memancing. Ada yang semurah RM20.00 hinggalah berharga ribuan ringgit. Ada perlu bijak memilih peralatan mengikut kesesuaian jenis ikan yang anda ingin perolihi. Jangan membeli mesin dan joran pancing udang tetapi digunakan untuk memancing ikan jenahak atau kerapu, nanti anda sendiri yang akan berputih mata. Ok mari kita tinjau jenis-jenis mesin memancing.

 A. Mesin Mendatar


Mesin jenis ini kebanyakkannya digunakan untuk memancing ditepi pantai, sungai, kolam, lombong ataupun tasik kerana kekuatan mesin boleh menampung berat ikan sekitar 2 kilo keatas. Ia biasanya terletak mendatar dimana joran berada diatasnya Kadangkala jika anda bernasib baik ia boleh menaikkan ikan seberat 8 kilo dan ia bergantung berapa kekuatan tali utama yang anda gunakan, jenis joran dan mata kail yang anda gunakan. Malahan ia juga boleh digunakan untuk memancing dilaut.

 Mari kita kenal serba sedikit komponen-komponen mesin jenis mendatar ini.

 1. Sistem Anti-Balikan: Menyekat balikan kayuhan dan mengurangkan kesan negatif


 2. Sistem Anti-Pintalan: Sistem reka bentuk rotor yang mengurangkan kesan tali berpintal dan bergelung


 3. Pengayuh Berkuasa Pegangan Lembut: Tombol pemegang direka khas supaya sentiasa sedia diputar, selesa, ringan dan bertekstur lembut

 
B. Mesin Laut Dalam.
 


Terdapat pelbagai jenis dan jenama untuk mesin memancing dilaut dalam dari semurah RM100 hinggalah ribuan ringgit. Ada yang secara manual dan tidak kurang juga dipanggil mesin berkuasa elektrik, terdapat juga jenis mesin mendatar digunakan yang digunakan untuk memancing dilaut dalam. Membezakannya ialah ia tidak perlu dikayuh tetapi hanya menekan satu butang sahaja, tali utama dapat digulung masuk kedalam geledung mesin dengan sendirinya seperti gambar 2.


Mesin yang secara manual pula terpaksa dkayuh menggunakan tangan apabila umpan diragut ikan. Kekadang masa yang diambil untuk menaikkan ikan tersebut sehingga 20 minit ataupun 30 minit bergantung jenis ikan yang meyambar umpan. Ini memang meletihkan tetapi anda akan merasakan satu kepuasan yang tidak terhingga ketika ikan tersebut cuba melawan atau melarikan diri. Peluang inilah yang selalu ditunggu-tunggu olih kaki pancing.


0 comments:

Post a Comment

JOM SHARE