Banner 468 X 60

Tuesday, December 28, 2010

TEKNIK PANCING DI PANTAI




Waktu air pasang adalah masa terbaik memancing kerana ketika ini banyak ikan pemangsa rapat ke pantai mencari makanan. Ikan semakin menjauh dari pantai apabila air bergerak surut. Namun sudah menjadi kelaziman pemancing pantai menggunakan joran panjang dan membuat lontaran pada jarak biasa iaitu jarak yang sering dibaling tidak kira sama ada air pasang mahupun surut.

Teknik terbaik ialah membuat lontaran sejauh mungkin dan tunggu jika ada getuan. Jika tiada karau sedikit tali dan tunggu lagi. Ulangi proses ini sehingga umpan pancing berada hampir dengan pantai. Berhenti jika terdapat getuan. Teknik ini ialah untuk mengesan lokasi ikan bermain ketika air pasang.

Oleh kerana laut adalah terbentang luas, sukar untuk mengagak lokasi ikan kecuali dengan teknik ini. Kalau boleh buat penandaan jarak yang potensi sebagai saja umpan menerima getuan. Sesetengah kawasan pula ombak akan menolak umpan ke pantai ketika air pasang.

Jika ini berlaku, kita perlu memastikan tali sentiasa dalam keadaan tegang dengan mengarau tali yang kendur. Jika kadar tolakan ombak dan arus kuat, gunakan ladung yang sesuai bagi mengelakkan perkara ini terjadi. Sama juga halnya ketika memancing di kala air surut atau hujung pasang.

Lontarkan umpan sejauh mungkin hingga ke tengah sambil menunggu sentapan berlaku. Ikan yang besar amat jarang bergerak terlalu rapat ke pantai kecuali di kawasan airnya dalam. Memancing di pantai yang curam atau landai biasanya dengan kaedah dasar. Kalau pantainya landai dan cetek, melabuhkan umpan di dasar adalah terbaik. Cuma jarak yang menjadi perbezaan.

Jika anda mengetahui struktur persisiran benteng dan dasar di pantai itu, mungkin ini satu bonus kerana kita dapat mengagak lubuk pilihan ikan. Jika air jernih di pantai, kawasan dalam mudah dikenal pasti melalui perbezaan warna air. Jika terang memutih menandakan ia cetek, hijau dan biru gelap menandakan ia dalam manakala jika gelap kehitaman mungkin ada struktur karang di dasarnya.

0 comments:

Post a Comment

JOM SHARE