Banner 468 X 60

Saturday, January 22, 2011

ILMU PANCING UDANG GALAH



1. Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. 
 
Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam. Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.
 
2. Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa. 
 

Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit. Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti.

Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.

3. Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500 gram.
 

Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu 'terasa' beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh di temui di pasaran tempatan.

Read more..

Saturday, January 15, 2011

PETUA-PETUA MEMANCING



Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.


Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.



Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.

Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Tersesat Didalam Hutan

Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut


Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.

Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

Meludah Umpan

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

Sumber : catch-fish.blogspot.com
Read more..

PERSEDIAAN PANCING PANTAI


1. Antara umpan yang boleh digunakan untuk memancing di pantai adalah seperti berikut:-
a) udang segar - hidup lagi baik
b) perumpun
c) hirisan ikan - kembung, selayang, selar
d) sotong pasar
e) sotong kurita
f) anak ikan belanak
g) ketam angin atau ketam batu
h) roti untuk umpan belanak besar
i) roti canai / daging ayam untuk ikan kuku
j) siput, kupang, kerang dan isi cengkerang lain

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak balingan. Pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika dilontar. Ini untuk mengelakkan hujung joran dapat bertahan. Selalunya batu bersaiz 8 hingga 12 digunakan. Pilihlah batu yang lonjong memanjang untuk mengurangkan rintangan angin dan arus.

3. Perambut bolehlah bermula dari 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, mata kail, kekuatan kekili dan kekuatan joran. Panjang perambut adalah antara 1 hingga 2 kaki. Jika memancing bebulus perambut kekuatan 12 dan panjang setengah kaki paling sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika air kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (air yang terlalu jernih...ikan kurang galak).

5. Waktu terbaik untuk pancingan pantai ialah ketika air pasang penuh. Ketika ini ikan akan rapat ke pantai. Sebelah malam ........... ikan lebih aktif memakan umpan daripada siang. Kesimpulannya waktu yang paling sesuai adalah lewat petang hingga sebelum terbit fajar.

6. Penggunaan joran yang panjang adalah satu kelebihan semasa memancing di pantai. Lontaran yang jauh lebih mendatangkan hasil.Selamat memancing

Sumber : pancingngail.blogspot.com
Read more..

Saturday, January 1, 2011

UMPAN PANCING


Didalam aktiviti memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk.

A. Umpan Laut Dalam
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.
  1. Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
  2. Gewang (Rapala)
  3. Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )


Umpan Ikan Kembung



B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut) ,
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.


1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )

Umpan perumpun

Umpan Gewang


C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .
  1. Kelapa Sawit
  2. Buah Neram
  3. Ulat Sagu
  4. Cengkerik
  5. Ubi Kayu
  6. Cacing Tanah
  7. Perut Ayam
  8. Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )

Umpan Cengkerik


D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.

  • Katak
  • Cacing
  • Anak Udang
  • Pisang
  • Tepung & Dedak (Hong)
  • Roti
  • Anak Ikan
  • Hati Ayam
  • Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)


 Umpan Cacing

Umpan Katak



Walau bagaimana pun seperti dinyatakan diatas penggunaan Umpan lebih tertumpu kepada niat pemancing sendiri terutama yang telah menjadi ‘pelanggan’ tetap bagi sesuatu lubuk. Salah satu umpan yang dimaksudkan seperti Umpan Tapa kursus untuk tangkapan Ikan Baung. Disini adalah diingatkan agar penggunaan daging adalah dilarang kerana Umpan sebegitu lebih mengundang masalah kepada pemancing sendiri. 

Ada kalanya pemancing mempunyai kaedah sendiri dalam penggunaan Umpan namun prinsipnya tetap sama iaitu untuk mendapat hasil yang memuaskan. Bagi penggunaan Umpan Air Masin ,Udang Hidup adalah Umpan yang terbaik kerana perbagai jenis ikan amat mengemari Umpan ini kerana pergerakkannya didalam air mudah menarik minat ikan disitu. Selain Ikan Siakap, Ikan Kerapu dan Jenahak turut terpesona dengan penggunaan Umpan Udang Hidup. Adakalanya diakui Umpan seperti perumpun dan tamban turut boleh menambat ikan-ikan ini tapi peluang Umpan Udang Hidup lebih tinggi. Disinilah yang dikatakan nasib dan rezeki. Oleh itu apa jua yang ingin dilakukan dahului dengan Bismillah dan Selawat serta ingat Allah selalu..Insya-allah kita akan mendapat rezeki yang baik dan selamat.

Sumber :
Read more..

IKATAN PANCING



Tali pancing adalah penghubung utama antara kita (pemancing) dengan ikan. Ia umpama talian hayat. Jika putus pertengahan jalan ketika bertarung kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan. Seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan. 






Perlu diketahui simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.Akhirnya, ucapan yang biasa didengar daripada mulut pemancing: “Huh! Besar betul ikan tu! Sampai tali 100 paun pun boleh putus dengan sekali tarik. Tentu puluh kilogram punya ikan.” Hakikat sebenarnya kalau ikan sekilogram memang mampu memutuskan tali 100 paun kalau ikatan tidak kemas atau longgar.



Ramai pemancing, tidak kira mereka baru atau lama tidak begitu mahir dan mengambil mudah mengikat tali pancing. Ikatan yang dibuat tidak kuat menyebabkan tali putus semasa berlawan dengan ikan. Lebih lagi jenis ikan yang kuat melawan dan membuat kejutan secara tiba-tiba di luar jangkaan kita.Tidak kira apa juga teknik ikatan anda gunakan untuk mengikat pancing, yang penting ialah kemahiran dan ketelitian ketika mengikat dan sebaik-baiknya bermula dari rumah.



Di rumah, kita ada masa dan boleh membuat ujian ikatan terhadap ikatan yang dilakukan tanpa tergesa-gesa. Ambil masa meneliti setiap ikatan yang di buat.Kemahiran ini perlu dikuasai dengan baik, sama pentingnya dengan pengetahuan mengenai pancing dan lain-lain.


Punca kegagalan ikatan antaranya, longgar atau ikatan tergelincir; tiada kemasan akhir selepas ikatan; tidak diuji; calar atau luka ketika mengikat; ikatan sambil lewa; kejutan terlampau; tangsi terlalu lama; dan komposisi bahan juga menjadikan tali berkenaan licin dan mudah tergelincir walaupun dalam simpulan.





ANIMASI IKATAN  


fk_albright_an.gif (9893 bytes)
Albright Knot - This knot is used to join two lines of different thicknesses. It is used to attach a heavier 'leader' (rather than a double) to a lighter main line. It requires careful forming of the loops.
fk_bloodbight_an.gif (6563 bytes)
Blood Bight Knot - This knot is used to create drop loops in light line traces. Its advantages are that the dropper tends to stand out from the main line and it's reputed 95% retained breaking strain. 
fk_bloodk_an.gif (12794 bytes)

Blood Knot - This is a high strength knot to join two similar thicknesses of line. It's main advantage is it's low profile enabling it to run smoothly through rod line guides.
fk_butterfly_an.gif (5203 bytes)

Butterfly Dropper - Quick and easy to tie. Creates a loop that will stand away from main line. Is most suitable for lines over 15 kilo. Can slip if not tightened properly.
fk_centauri_an.gif (3948 bytes)

Centauri Knot - This knot is principally used to attach hooks through the eye to the line. Works well on a wide range of line strengths and claims to retain 96% of breaking strain.
fk_clinchhb_an.gif (11980 bytes)
Clinched Half Blood - This is a high strength multi purpose knot. It's main use is attaching swivels,lures or hooks to the main line. Formation should be assisted by pulling down to the base.
fk_droploo_an.gif (4269 bytes)
 Dropper Loop - Creates a stand out loop for attaching a hook to a trace. Handy in that it can be tied anywhere along the line.
fk_droploop_an.gif (8026 bytes)
Drop Loop - This is a high strength loop for the main line. It's main use is to form a loop for attaching sinkers to the main line. 
fk_flemeye_an.gif (7304 bytes)
Flemish Eye - Is the best method to attach hooks to multi strand wire. Its looseness acts like a spring and takes the pressure off the crimped sleave.
fk_grinner_an.gif (10123 bytes)
Grinner Knot - This is a multi purpose knot that is more securely clinched than it's relative blood knot. It's use is attaching swivels, lures, and hooks to the main line.Assist its formation by pulling down to the base.
fk_halfblood_an.gif (10838 bytes)
Half Blood Knot - This is a high strength multi purpose knot. It's main use is to attach swivels, hooks and lures to the main line. Assist the formation by pulling down on the roll towards the base.


fk_hooksnel_an.gif (7476 bytes)
Hook Snell - Quick and simple method of attaching line to a hook with an up or down turned eye. Can only be used with a free length of line as both ends must pass through the eye. 
fk_hooksnood_an.gif (11464 bytes)
Hook Snood - This is a high strength knot to attach trace line to a hook. It's main advantage is the hook will lay along the direction of the line.Note that the length of the trace will be the length of the loop. 

fk_longline_an.gif (8355 bytes)
longliners Knot - For attaching a hook line to a continuous heavy main line. Will not slip up or down the line
fk_palomar_an.gif (4522 bytes)
Palomar Knot - An all purpose hook to line knot. Very quick to tie and reasonably strong
fk_perfloop_an.gif (6245 bytes)
Perfect loop - One of the better loop knots and can be used on lighter lines although best suited to the heavier. It will not kill the action of the lure or fly. Function: Connecting lures or fly to heavy leader, trace or shock tippet.Strength: Retains 70+ strength

    fk_spiderhit_an.gif (11429 bytes)
    Spider Hitch - A relatively easy method to create a double. May require some practice to feed the loops progressively off the thumb when forming. Reputed to retain 80% strength.
    fk_swiveldou_an.gif (6706 bytes)
    wivel to Double - Attaches a swivel to a double with the double remaining intact.

    fk_thumbkn_an.gif (6349 bytes)

    Thumb Knot - A knot useful for attaching hooks and rings to heavy line. May require some practice to sequentially ease the loops off your thumb.
    fk_turlekn_an.gif (3779 bytes)

    Turle Knot - A snare knot that is used to tie a hook to a light leader.
    fk_uniknt_an.gif (7601 bytes)

    Uni Knot - This versatile knot can be used can be used for connecting hooks, swivels, rings and lures. Its main advantage is that it retains virtually 90% breaking strain. Easy to tie even in the dark after practice.
    fk_windwire_an.gif (6118 bytes)


    Wind on Wire Leader - A fairly simple join which enables reasonably long plastic coated wire traces to be wound up through the rod guides. Can be used for casting lures.




    Sumber :
    http://www.scubadivecharters.com
    http://pancingngail.blogspot.com
    Read more..

    Tuesday, December 28, 2010

    PETUA MEMILIH JORAN KEKILI


     Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin advance dan menarik, alas bebola (ball bearing) telah ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung.

    Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. 


    Adakalanya gigi gear tertanggal dan shafnya akan bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.

    Read more..

    PETUA PANCING

    ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.Petua kali ini memfokuskan kepada pemancing di laut.


    Justeru, ingatlah apabila kita mendapat ikan pertama sebaik saja mulakan aktiviti memancing maka itu adalah rezeki dari Allah dan tidak harus dibuang semula ke laut jika ikan itu sangat kecil atau spesies ikan yang tidak berguna.Pendapat dan pandangan beberapa orang nelayan veteran yang ditemui mengakui bahawa rezeki pertama itu jika dibuang semula ke laut atau tasik mahu pun sungai ertinya kita tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah sedangkan kita mencari rezeki lumayan buat keluarga.

    Pernah berlaku nelayan pulang dengan tangan kosong kerana dikatakan membuang ikan pertama yang tersangat kecil yang dinaikkan dan selepas itu beliau tidak dapat seekor ikan pun hingga pulang. “Bagaimanapun ini tidak harus diletakkan sepenuh kepercayaan, kerana rezeki datangnya dari Allah. Justeru, Allah yang menentukan sama ada kita bernasib baik atau sebaliknya selepas memperoleh tangkapan pertama itu.

    “Cuma logiknya rezeki yang diberi itu kita kena mensyukuri dan tidak membuangnya semula,” kata Tok Ayub seorang nelayan veteran dari Kesang Laut, Melaka.Pernah berlaku peristiwa begini kepada seorang pemancing laut di perairan Pulau Jarak yang mendakwa beliau tidak memperoleh seekor ikan pun sepanjang ekspedisi tiga hari dua malam kerana membuang anak ikan kerapu pada tangkapan pertama.Namun beliau tidak langsung mengaitkan bahawa perkara itu menyebabkan beliau tidak bernasib baik.

    Cuma ada kemungkinan hari itu bukan harinya.Apa pun bagi Pak Nuri, rezeki yang datang dari Allah adalah pasti dan sebaliknya cuma terpanggil mengisi logik dan kebenaran yang nyata bahawa sebarang rezeki yang diberi Allah sama ada baik atau tidak kita kena menerimanya dengan ikhlas.

    Bagi Pak Nuri, langkah terbaik dan mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah walau sekecil mana sekali pun kita kena menerima dengan ikhlas dan tidak membuangnya semula ke laut bagi pemancing yang memancing di laut malah adalah baik sebarang tangkapan pertama itu diambil sebagai rezeki berkat dari Allah.

    Sumber : http://joran.bharian.com.my
    Read more..

    JOM SHARE

    get this widget here

    KOLEKSI CERAMAH UAI

    FISHING BLOG